陳冠文 | 冠文 | Gavin Chen

星際勇士 | 星兒音樂家 | 中度自閉症 | 自閉症音樂家

陳冠文 | 冠文 | Gavin Chen | 星際勇士 | 星兒音樂家 | 自閉症音樂家

Festival dan Anugerah Pempengaruh HyperLive Impact 2025 meriah

ALBUM: Para tetamu kehormat, pemenang anugerah serta artis autistik merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Festival dan Anugerah Pempengaruh HyperLive Impact 2025 melambangkan kuasa pengaruh dan daya tahan semangat kemanusiaan.

Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tan Lee Fatt berkata, acara itu menunjukkan potensi tanpa had dalam diri setiap individu untuk membawa perubahan positif.

Berucap di festival itu, beliau menekankan persembahan luar biasa oleh empat individu autistik yang memukau penonton dengan bakat luar biasa mereka.

“Petang ini adalah hari bersejarah, kerana ini adalah kali pertama di Malaysia empat pemain piano autistik bertaraf dunia beraksi bersama di satu pentas, di sini.

“Konsert yang penuh bermakna ini menggambarkan bahawa kehebatan tidak mengenal had dan ketahanan tiada sempadan.

“Para pemuzik ini membuktikan kehidupan apabila dipupuk dan disokong, bakat boleh mengatasi apa jua cabaran,” katanya.

Tan berkata, kekuatan visi disebalik inisiatif itu penting, iaitu Dr. Sean Wong, yang telah memberi dedikasi dalam menyokong industri pelancongan Sabah, membawa ikon antarabangsa ke negeri ini dan mengangkat komuniti tempatan melalui platformnya.

“Komitmennya melangkaui penganjuran acara bertaraf dunia dan beliau benar-benar membawa mata dunia ke Sabah.

“Dr. Sean…saya menggalakkan anda untuk teruskan perjalanan luar biasa ini dalam menarik penonton global dan mempamerkan budaya, hospitaliti dan semangat masyarakat Sabah.

“Marilah kita terus menyokong inisiatif seperti ini, acara yang mengangkat individu, memberdayakan komuniti dan mewujudkan Sabah sebagai hab global untuk budaya, bakat dan inspirasi,” katanya.

資料來源:https://www.utusanborneo.com.my/2025/03/11/festival-dan-anugerah-pempengaruh-hyperlive-impact-2025-meriah

陳冠文 | 冠文 | Gavin Chen | 星際勇士 | 星兒音樂家 | 自閉症音樂家

星際勇士 | 星兒音樂家 | 中度自閉症 | 自閉症音樂家

陳冠文 | 冠文 | Gavin Chen